find more fleamarket location in Malaysia?? Search HERE!!!
Google

Sunday, April 26, 2009

Bazar gajet permainan - Joujou & Shugi Toy Art Mart

Mahu menjadi seperti bazar di China Square, Singapura? Joujou & Shugi Toy Art Mart cuba menampilkan sebanyak mungkin variasi peralatan permainan.

Adakah anda seorang yang gemar menghimpun alat permainan atau inginkan permainan unik dan tiada di pasaran tempatan?

Buat julung-julung kalinya, Joujou & Shugi Toy Art Mart yang memaparkan kepelbagaian alat permainan mengadakan jualan di pusat beli-belah The Weld, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Di samping itu, pelbagai barangan lain seperti kraf turut dijual di bazar yang memulakan operasinya pada 7 Mac lalu.

Diadakan setiap hari Sabtu, bazar yang mengambil nama Joujou daripada perkataan Perancis yang bermakna permainan dan Shugi, bermaksud kraf dalam bahasa Jepun, adalah inisiatif The Kraft Store.

Menurut wakil The Kraft Store, Gina Lim, objektif penganjuran bazar itu berbeza daripada bazar-bazar lain di ibu negara.

Katanya, bazar itu menghimpunkan peralatan permainan sekali gus memberi peluang kepada orang ramai memperoleh permainan yang sukar ditemui di pasaran tempatan.

"Kami ingin menjadikan bazar ini seperti yang terdapat di China Square, Singapura. Di situ, anda boleh mendapatkan apa sahaja yang berkaitan dengan alat permainan.

"Ia menjadi tumpuan ramai, bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan tetapi juga pelancong asing," ujar Gina ketika ditemui Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apa yang boleh anda dapati di bazar tersebut?

"Koleksi barang permainan berjenama atau koleksi istimewa yang dimiliki oleh penjual itu sendiri. Ini termasuklah poskad atau setem lama, baju-T, barangan yang jarang ditemui, lukisan, produk buatan sendiri, permainan pendidikan, rekod dan buku-buku serta majalah lama dan perkhidmatan kraf.

"Bazar ini boleh dilihat sebagai satu hab kreatif yang mempunyai tarikan tersendiri," jelas Gina yang mengakui bahawa konsep bazar permainan itu masih lagi dianggap baru di pasaran tempatan.

Sungguhpun begitu, menurutnya, bazar seumpama ini memberikan alternatif kepada orang ramai untuk membeli-belah dalam suasana yang santai serta mendapatkan harga barangan yang baik.

"Ada di antara produk-produk ini dijual di bawah harga pasaran. Tetapi bagi mereka yang bernasib baik dan suka menghimpun barangan atau permainan unik, di bazar inilah mereka berpeluang menambah koleksi masing-masing," ujarnya.

Seorang pereka pembungkusan, Yap Tsi Wei, 35, memberitahu, beliau menyertai bazar itu untuk berniaga sekali gus menambah koleksi permainan yang dihimpunnya sejak lapan tahun lalu.

"Saya sukakan Zoid iaitu model dinosaur yang bermotor serta Transformers. Pasaran Zoid di Malaysia masih baru dan terhad. Kebanyakannya diimport dari Jepun.

"Saya bukan sahaja mendedahkan orang ramai mengenai Zoid tetapi juga menyokong pasaran alat permainan tempatan," katanya.

Bagi Allen Lee, 27, alat permainan bukan sekadar untuk kepuasan diri tetapi dilihat sebagai sumber inspirasi dalam bidang yang diceburinya iaitu seni reka.

"Ramai yang tidak sedar bahawa alat permainan ini mempunyai nilai, terutama jika kotak tidak dibuka dan ia akan membantu popularitinya bertahan lama.

"Sebenarnya, ia boleh dilabur untuk mendapatkan wang dan menambah koleksi anda," kata Allen yang menegaskan tiada batasan usia untuk menggemari sesuatu permainan.

Bagi eksekutif jualan, Chua Soo Lee, 30, penganjuran bazar berkenaan memberi ruang kepada beliau berkongsi hobi membuat anak patung stoking dan kraf daripada kain felt dengan para pengunjung.

"Saya biasanya menjual produk buatan sendiri melalui blog saya," katanya.

Menurutnya, sungguhpun konsep bazar permainan ini masih lagi baru dan berlainan, ia mempunyai tarikan tersendiri bukan sahaja bagi penggemar alat permainan tetapi juga bagi peniaga kecil-kecilan.

1 comment:

myfleamart said...

From http://joujouandshugis.blogspot.com/2008/11/calling-for-participation-artrage-lab.html


Calling for Participation: ARTrage Lab @ Soho KL
-------------------------------------
Fee: RM100 for the weekend
(Tables and chairs provided)
-------------------------------------

[1] Join as Toy Trader
Reach out to toy collectors and new customers. Joining in this toys and craft market is especially helpful for those looking for a flexible and affordable space to expand their existing toys/craft business.

[2] Craft makers are welcome too!
If you make paper dolls, clay items, plush toys, origami, cards or other kinds of craft, you can promote them at Joujou + Shugi Toys & Collectibles Market. Let us know what you can do best and we may as well offer a spot for you.

For the Participation Guidelines, pls email: joujouandshugi@gmail.com

Related Posts with Thumbnails